Rumusan

Rumusan

Pengetahuan tentang pelbagai teknik bacaan dalam kalangan guru mampu membantu menyelesaikan masalah berkaitan kebolehbacaan di sesebuah kawasan. Teknik-teknik seperti teknik tinjauan dan PORPE ini menyediakan garis panduan dan tips untuk para guru melatih dan meningkatkan tahap kebolehbacaan dalam kalangan pelajar seterusnya melahirkan generasi yang berilmu dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Pun begitu, setiap teknik ciptaan manusia pasti memiliki kelemahannya yang tersendiri. Guru perlu bijak memilih teknik yang ingin digunakan berdasarkan kesesuaiannya dengan situasi dan tahap intelektual pelajar yang ingin diajar. Guru yang bijak mengaplikasikan kekuatan dan kelemahan setiap teknik ini pasti akan dapat memanfaatkan sepenuhnya teknik-teknik ini seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang.

PORPE

Slide1

SEBAB PELAKSANAAN

  • PORPE merupakan singkatan bagi lima turutan teknik untuk membaca dan menulis esei, iaitu Predict (menelah), Organize (menyusun), Rehearse (raptai), Practice (latihan), dan Evaluate (menilai).
  • Disediakan untuk membantu pelajar yang kurang cekap menulis esei.
  • Teknik yang diperkenalkan oleh Michele L. Simpson ini menggunakan proses menulis sebagai salah satu cara untuk mempelajari kandungan sesuatu bahan.
  • Tiga langkah pertama dalam PORPE, iaitu predict, organize dan rehearse melibatkan pelajar dengan proses memilih, memperoleh,membina dan mengintegrasikan idea untuk menulis manakala dua langkah terakhir, iaitu practice dan evaluate melibatkan proses metakognisi pelajar untuk menyelia proses pembelajaran.
  • PORPE direka untuk membantu pelajar dalam membina esei. Namun begitu, kajian menunjukkan PORPE turut membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam ujian objektif.

49

KELEBIHAN TEKNIK

Seseorang pelajar yang mengamalkan teknik pembacaan PORPE akan peka terhadap penelitian yang dibuat. Antara kelebihan teknik ini ialah :

  • Hasil penelitian ini diharapkan dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk membaca. Selain itu, melalui penelitian ini pelajar akan memiliki pemahaman bacaan yang lebih baik terutamanya dalam menyelesaikan segala permasalahan yang memerlukan pelajar mengarang sesuatu artikel. Peningkatan tersebut akan memperbaiki hasil pembelajaran pelajar di dalam kelas.
  • Penelitian ini merupakan usaha untuk meningkatkan dan memperbaiki suasana pembelajaran yang ada. Pelajar dapat mengambil manfaat penelitian untuk meningkatkan mutu pembelajaran yang mereka belajar sebelum ini. Selain itu, perubahan sikap mulai terbentuk misalnya pelajar semakin bersemangat untuk belajar khususnya semasa perbincangan di dalam kelas ataupun di luar kuliah.
  • Hasil daripada teknik ini kemampuan pelajar untuk meningkatkan mutu pembelajaran dapat ditingkatkan. Melalui penelitian seperti ini masalah pembelajaran dapat dikaji, diteliti dan dapat menemui jalan penyelesaian. Dengan demikian, kualiti pembelajaran di dalam kelas akan menjadi lebih baik. Pelajar juga akan mempunyai sikap ingin tahu yang kuat terhadap isi bahan bacaan. Selain itu, dengan adanya penelitian ini, budaya penelitian mengikut teknik PORPE dapat dikembangkan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan.

reading

KEKURANGAN TEKNIK

Beberapa kekurangan telah dikenal pasti dalam pelaksanaan teknik pembacaan ini. Antaranya :

  • Pelajar masih tercari-cari cara untuk menyampaikan idea secara terbuka. Keadaan seperti ini dilihat dalam lembaran kerja pelajar yang dihasilkan semasa proses PORPE dilakukan.
  • Beberapa pelajar kurang berdisiplin dalam merancang masa sehingga mereka sering kali melakukan pembaziran masa terutamanya semasa proses pembacaan dilakukan.
  • Pelajar kurang memberikan perhatian semasa melakukan teknik PORPE ini.

Oleh itu, penambahbaikan perlu dilakukan dengan mengambil kira dua perkara utama iaitu memberikan perhatian secara intensif kepada pelajar di dalam kelas, terutama sekali apabila merancang idea semasa proses pembacaan. Kedua, mengingatkan kembali pelajar untuk lebih berdisiplin terhadap masa, supaya kerja yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.

tumblr_mwdo0xqYVi1sca4vvo1_400

CADANGAN PENGAJARAN

Proses pengajaran PORPE adalah khas untuk pembelajaran menulis esei. Untuk mengajar teknik PORPE, guru perlu melakukan aktiviti mengikut turutan, iaitu bermula dengan predict (menelah), organize (menyusun), rehearse (raptai), practice (latihan) dan akhir sekali evaluate (menilai).

  1. Dalam langkah predict atau menelah, pelajar diminta untuk mencipta beberapa soalan yang berkaitan sesuatu bab untuk menghasilkan esei yang baik. Guru terlebih dahulu menerangkan dan memperkenalkan istilah-istilah yang biasa digunakan untuk membentuk soalan esei seperti huraikan, bandingkan dan jelaskan. Dengan ini, pelajar dapat menjangka bentuk esei yang akan dihasilkan berdasarkan soalan yang mereka cipta. Setelah pelajar dapat memahami penggunaan istilah-istilah ini, guru boleh memulakan proses sumbangsaran untuk memperoleh sebanyak mungkin idea daripada pelajar. Untuk memudahkan proses pembelajaran, pandu pelajar supaya lebih fokus pada idea utama dan sinopsis keseluruhan esei ketika menelah, bukan fokus pada perincian-perincian yang ada pada isi esei.
  2. Langkah kedua, iaitu organize atau menyusun melibatkan proses pengumpulan dan penyusunan maklumat yang akan menjawab soalan yang dicipta oleh mereka tadi. Pelajar boleh menggunakan peta minda dan sebagainya untuk menyusun idea-idea mereka. Guru boleh memilih sama ada untuk menjalankan aktiviti ini secara individu ataupun secara berkumpulan. Setiap pelajar (wakil kumpulan sekiranya dijalankan secara berkumpulan) akan berkongsi maklumat yang diperoleh dan membincangkannya bersama ahli kelas yang lain dengan kaedah pembentangan. Guru dan ahli kelas yang lain boleh memberi maklum balas dan pelajar perlu respon dengan maklum balas tersebut untuk menambah baik kandungan esei masing-masing.
  3. Langkah ketiga, iaitu rehearse (raptai) melibatkan pelajar dengan aktivit penilaian kendiri terhadap idea-idea dan maklumat-maklumat yang dikemukakan. Pelajar boleh melakukan raptai dengan rakan-rakan atau dengan guru sendiri. Raptai dilakukan dengan menyebut isi-isi yang ingin disampaikan dan menilai kembali kekuatan dan kelemahan isi yang diberikan.
  4. Langkah seterusnya adalah practice atau latihan. Latihan merupakan proses mengesahkan idea-idea yang ingin digunakan. Latihan merupakan persediaan untuk ujian menulis yang sebenar. Untuk membantu pelajar semasa latihan, guru boleh memberikan panduan penulisan kepada murid dan tips-tips penting untuk menjawab latihan tersebut. Sebagai contoh, guru memberitahu murid supaya membaca soalan dengan teliti dan gariskan kata kunci dalam soalan. Seterusnya, pelajar diminta untuk melukis peta minda idea-idea mereka sebelum memulakan penulisan. Pelajar juga diingatkan supaya memastikan bahawa ayat pertama mereka merupakan hasil parafrasa soalan esei tersebut. Akhir sekali, pelajar perlu membaca semula esei yang dihasilkan untuk memastikan mereka tidak terpesong dari soalan.
  5. Langkah terakhir adalah evaluate ataupun menilai. Langkah ini memerlukan pelajar menilai sendiri hasil latihan mereka. Untuk membantu pelajar menilai, guru boleh menyediakan skema jawapan atau rubrik pemarkahan. Setelah mahir, pelajar boleh menilai hasil latihan mereka sendiri ataupun hasil latihan rakan-rakan tanpa skema jawapan dan rubrik pemarkahan.

Teknik Tinjauan

TEKNIK TINJAUAN

Sebab pelaksanaan

  • Teknik tinjauan merupakan salah satu teknik yang direka sebagai spinoff kepada kaedah kajian SQ3R.
  • Teknik tinjauan membolehkan guru dan pelajar yang menuntutnya untuk melalui atau mendalami bahan bacaan secara bersama.
  • Seseorang guru dapat memandu murid memahami kepentingan melakukan semakan awal sebelum membaca sesebuah teks.
  • Menurut Burns dan rakan-rakan (Khalik Abdul: 2008) model SQ3R pada tahap awal lebih efektif dilakukan secara kumpulan kecil agar murid dapat menyoal dan menjawab pertanyaan dengan tepat dan cepat. Oleh yang demikian tahap pembelajaran membaca dapat dilakukan dengan berkesan seperti meringkaskan bahan bacaan, menceritakan kembali, serta bersoal jawab dengan guru.
  • Memberi gambaran dan pandangan terhadap teks bahan bacaan yang dibaca berdasarkan tahap pengetahuan pembaca.
  • Teknik ini merupakan langkah pertama dalam kaedah membaca SQ3R.
  • SQ3R mengandungi :
    • Survey
    • Question
    • Read
    • Recite
    • Review

Slide10

  1. Survey (tinjauan/kaji) – Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.
  2. Question (pertanyaan/soal) – Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.
  3. Read (pembacaan) – Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.
  4. Recite (latihan/lafaz semula) – Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.
  5. Review (baca semula/imbas kembali) – Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya.

young man in cafÈ or bar drinking coffee

Kelebihan teknik tinjauan

  • Dengan membuat tinjauan bahan bacaan, murid akan mengenal pasti isi kandungan yang terdapat dalam bahan bacaan dan memperoleh kesan umum dari buku. Hal ini akan mempercepat pemahaman terhadap buku tersebut.
  • Memudahkan pembaca untuk memahami keseluruhan isi bacaan.
  • Pelajar diberi kesempatan mengajukan pertanyaan dan mencuba mencari jawapan dari pertanyaannya sendiri dengan melakukan kegiatan membaca. Oleh yang demikian dapat mendorong pelajar berfikir kreatif, aktif dalam belajar dan pembelajaran yang bermakna.
  • Guru dan pelajar dapat memberi penekanan atau fokus terhadap subtajuk bahan bacaan yang ingin dibaca serta dapat menjimatkan masa membaca kerana telah dipandu oleh enam langkah dicadangkan oleh Aukerman (1972).
  • Teknik ini lebih efektif jika bahan bacaan mempunyai isi kandungan seperti buku rujukan, dan buku teks. Menurut Aukerman (1972) mencadangkan enam langkah prosedur yang digunakan bagi memudahkan penggunaan teknik ini terutamanya kandungan buku disusun secara tradisi.
  • Enam langkah Aukerman :
    • Judul bab
    • Pengenalan
    • Tajuk utama dengan subtajuk
    • Ringkasan
    • Soalan-soalan
    • Latihan

423598896-6a3616dd82-o

Kelemahan teknik tinjauan

  • Penggunaan teknik ini kurang berkesan digunakan pada semua bidang ilmu kerana terdapat sebahagian bidang ilmu yang kurang menggunakan bahan bacaan atau teori pelajaran tetapi lebih menumpukan kepada aspek praktikal.
  • Guru akan mengalami kesulitan dalam menyediakan bahan bacaan untuk pelajar kerana tidak ksesemua pelajar memiliki bahan bacaan yang sama.
  • Teknik tinjauan kurang berkesan dalam bacaan kerana teknik tinjauan merupakan salah satu komponen dalam teknik SQ3R yang diperkenalkan oleh Francis P. Robinson pada tahun 1941. Oleh itu, teknik ini tidak dapat memenuhi objektif dalam pengajaran kerana teknik ini memerlukan teknik-teknik yang lain.
  • Kurangberkesan untuk kelas dengan jumlah pelajar yang ramai.
  • Teknik ini juga kurang berkesan kepada pelajar sekolah rendah kerana pelajar sekolah rendah kurang pengetahuan dan mudah berasa bosan dengan teknik tinjauan kerana teknik ini terlalu mengikut formula dan rigid. (.InternetSQ3R Reading Method. Dirujuk pada 01, Disember, 2014. Daripada studytexted2gs.net/.htm.SQ3R.)

hipster-book

Cadangan pengajaran

Guru perlu mengenal pasti objektif pengajaran dan pembelajaran dan jenis bahan bacaan yang sesuai iaitu buku teks yang mempunyai kandungan buku menurut Aukermen (1972).

  • Guru perlu menyediakan bahan bacaan seperti buku teks atau buku rujukan yang mempunyai isi kandungan yang jelas mengikut prosedur Aukermen (1972). Guru perlu menerangkan tentang tajuk buku serta bilangan halaman.
  • Guru meminta pelajar untuk membuat tinjauan terhadap isi kandungan dan subtopik yang terdapat dalam buku. Kemudian, guru perlu menjelaskan tentang tajuk utama dan subtopik yang terdapat dalam isi kandungan.
  • Guru meminta pelajar membuat tinjauan terhadap soalan-soalan dan latihan yang terdapat dalam buku tersebut. Oleh itu, pelajar dapat mengenal pasti kehendak soalan supaya dapat memberikan jawapan yang tepat. Guru perlu membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan memastikan dalam kumpulan tersebut mempunyai pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza-beza supaya berlaku proses pengajaran dalam kumpulan.
  • Guru membahagikan subtopik-subtopik yang terdapat dalam buku tersebut mengikut kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan. Hal ini dapat menjimatkan masa pengajaran dan pembelajaran. Pelajar diminta untuk menganalisis subtajuk dan membuat analisis visual terhadap subtopik yang telah diberi. Pelajar juga perlu menganalisis perenggan pengenalan dan perenggan penutup dalam subtopik yang telah diberikan.
  • Setelah melakukan tinjauan terhadap subtopik-subtopik, pelajar diminta untuk mengesan idea utama dan menjelaskan kepada semua murid di dalam kelas. Kesimpulannya, penggunaan teknik tinjauan dapat mempengaruhi dan memudahkan pelajar menguasai sesuatu bahan bacaan berdasarkan subtopik-subtopik yang penting kerana telah membuat tinjauan. Selain itu, guru dan pelajar dapat menjimatkan pengajaran dan pembelajaran.

hipster-decor

Pengenalan

PENDAHULUAN

Penekanan sering diberi oleh pelbagai pihak bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan muridmurid di sekolah menengah, khasnya komunikasi secara lebih berkesan. Bagi menghasilkan satu pengajaran yang berkesan, guru bukan sahaja perlu memilih bahan yang sesuai bahkan juga perlu merancang aktiviti yang relevan dengan isi dan objektif pengajaran. Aktiviti yang dirancang dengan baik pasti dapat menarik minat para murid untuk melibatkan diri secara aktif dan menyeluruh. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran berbahasa yang telah dikuasai juga akan dapat dikukuhkan. Di sini, terdapat teknik pembacaan yang dapat membantu pelajar dalam keupayaan untuk membaca. Ia juga diselitkan dengan kelebihan dan kekurangan teknik ini.

DEFINISI MEMBACA

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2009:143)  definisi membaca merupakan satu tindakan komunikasi iaitu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantaraan lambang-lambang bahasa . Menurut Marohaini Yusoff (1989) merumuskan proses membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan sebagai perlakuan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua tidak dapat diperhatikan. Cuma duakomponen kemahiran utama yangkomponen kemahiran utama yangdipersetujui wujud dalam kemahirandipersetujui wujud dalam kemahiranmembaca iaitu kemahiran mengenalmembaca iaitu kemahiran mengenalatau mengecam perkataan danatau mengecam perkataan dankemahiran memahami apa yangkemahiran memahami apa yangdibaca.dibaca.

Siapa kami?

Kami merupakan kumpulan pertama untuk kursus Keterampilan Membaca, Kumpulan B, Semester 1 2014/2015. Kami terdiri daripada :

Nurul Nadzirah Binti Jasni, ISMP Bahasa Melayu, Cameron Highlands, Pahang.

Ku Muhamad Syafiq Bin Ku Mohd Fozi, ISMP Bahasa Melayu, Johol, Negeri Sembilan.

Mohd Fitri Bin Mohamad, ISMP Bahasa Melayu, Sandakan, Sabah.

Mohamad Azirun Bin Abdul Ghaffar, ISMP Bahasa Melayu, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.