Teknik Tinjauan

TEKNIK TINJAUAN

Sebab pelaksanaan

  • Teknik tinjauan merupakan salah satu teknik yang direka sebagai spinoff kepada kaedah kajian SQ3R.
  • Teknik tinjauan membolehkan guru dan pelajar yang menuntutnya untuk melalui atau mendalami bahan bacaan secara bersama.
  • Seseorang guru dapat memandu murid memahami kepentingan melakukan semakan awal sebelum membaca sesebuah teks.
  • Menurut Burns dan rakan-rakan (Khalik Abdul: 2008) model SQ3R pada tahap awal lebih efektif dilakukan secara kumpulan kecil agar murid dapat menyoal dan menjawab pertanyaan dengan tepat dan cepat. Oleh yang demikian tahap pembelajaran membaca dapat dilakukan dengan berkesan seperti meringkaskan bahan bacaan, menceritakan kembali, serta bersoal jawab dengan guru.
  • Memberi gambaran dan pandangan terhadap teks bahan bacaan yang dibaca berdasarkan tahap pengetahuan pembaca.
  • Teknik ini merupakan langkah pertama dalam kaedah membaca SQ3R.
  • SQ3R mengandungi :
    • Survey
    • Question
    • Read
    • Recite
    • Review

Slide10

  1. Survey (tinjauan/kaji) – Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.
  2. Question (pertanyaan/soal) – Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.
  3. Read (pembacaan) – Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.
  4. Recite (latihan/lafaz semula) – Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.
  5. Review (baca semula/imbas kembali) – Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya.

young man in cafÈ or bar drinking coffee

Kelebihan teknik tinjauan

  • Dengan membuat tinjauan bahan bacaan, murid akan mengenal pasti isi kandungan yang terdapat dalam bahan bacaan dan memperoleh kesan umum dari buku. Hal ini akan mempercepat pemahaman terhadap buku tersebut.
  • Memudahkan pembaca untuk memahami keseluruhan isi bacaan.
  • Pelajar diberi kesempatan mengajukan pertanyaan dan mencuba mencari jawapan dari pertanyaannya sendiri dengan melakukan kegiatan membaca. Oleh yang demikian dapat mendorong pelajar berfikir kreatif, aktif dalam belajar dan pembelajaran yang bermakna.
  • Guru dan pelajar dapat memberi penekanan atau fokus terhadap subtajuk bahan bacaan yang ingin dibaca serta dapat menjimatkan masa membaca kerana telah dipandu oleh enam langkah dicadangkan oleh Aukerman (1972).
  • Teknik ini lebih efektif jika bahan bacaan mempunyai isi kandungan seperti buku rujukan, dan buku teks. Menurut Aukerman (1972) mencadangkan enam langkah prosedur yang digunakan bagi memudahkan penggunaan teknik ini terutamanya kandungan buku disusun secara tradisi.
  • Enam langkah Aukerman :
    • Judul bab
    • Pengenalan
    • Tajuk utama dengan subtajuk
    • Ringkasan
    • Soalan-soalan
    • Latihan

423598896-6a3616dd82-o

Kelemahan teknik tinjauan

  • Penggunaan teknik ini kurang berkesan digunakan pada semua bidang ilmu kerana terdapat sebahagian bidang ilmu yang kurang menggunakan bahan bacaan atau teori pelajaran tetapi lebih menumpukan kepada aspek praktikal.
  • Guru akan mengalami kesulitan dalam menyediakan bahan bacaan untuk pelajar kerana tidak ksesemua pelajar memiliki bahan bacaan yang sama.
  • Teknik tinjauan kurang berkesan dalam bacaan kerana teknik tinjauan merupakan salah satu komponen dalam teknik SQ3R yang diperkenalkan oleh Francis P. Robinson pada tahun 1941. Oleh itu, teknik ini tidak dapat memenuhi objektif dalam pengajaran kerana teknik ini memerlukan teknik-teknik yang lain.
  • Kurangberkesan untuk kelas dengan jumlah pelajar yang ramai.
  • Teknik ini juga kurang berkesan kepada pelajar sekolah rendah kerana pelajar sekolah rendah kurang pengetahuan dan mudah berasa bosan dengan teknik tinjauan kerana teknik ini terlalu mengikut formula dan rigid. (.InternetSQ3R Reading Method. Dirujuk pada 01, Disember, 2014. Daripada studytexted2gs.net/.htm.SQ3R.)

hipster-book

Cadangan pengajaran

Guru perlu mengenal pasti objektif pengajaran dan pembelajaran dan jenis bahan bacaan yang sesuai iaitu buku teks yang mempunyai kandungan buku menurut Aukermen (1972).

  • Guru perlu menyediakan bahan bacaan seperti buku teks atau buku rujukan yang mempunyai isi kandungan yang jelas mengikut prosedur Aukermen (1972). Guru perlu menerangkan tentang tajuk buku serta bilangan halaman.
  • Guru meminta pelajar untuk membuat tinjauan terhadap isi kandungan dan subtopik yang terdapat dalam buku. Kemudian, guru perlu menjelaskan tentang tajuk utama dan subtopik yang terdapat dalam isi kandungan.
  • Guru meminta pelajar membuat tinjauan terhadap soalan-soalan dan latihan yang terdapat dalam buku tersebut. Oleh itu, pelajar dapat mengenal pasti kehendak soalan supaya dapat memberikan jawapan yang tepat. Guru perlu membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan memastikan dalam kumpulan tersebut mempunyai pelajar yang mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza-beza supaya berlaku proses pengajaran dalam kumpulan.
  • Guru membahagikan subtopik-subtopik yang terdapat dalam buku tersebut mengikut kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan. Hal ini dapat menjimatkan masa pengajaran dan pembelajaran. Pelajar diminta untuk menganalisis subtajuk dan membuat analisis visual terhadap subtopik yang telah diberi. Pelajar juga perlu menganalisis perenggan pengenalan dan perenggan penutup dalam subtopik yang telah diberikan.
  • Setelah melakukan tinjauan terhadap subtopik-subtopik, pelajar diminta untuk mengesan idea utama dan menjelaskan kepada semua murid di dalam kelas. Kesimpulannya, penggunaan teknik tinjauan dapat mempengaruhi dan memudahkan pelajar menguasai sesuatu bahan bacaan berdasarkan subtopik-subtopik yang penting kerana telah membuat tinjauan. Selain itu, guru dan pelajar dapat menjimatkan pengajaran dan pembelajaran.

hipster-decor

Leave a comment