PORPE

Slide1

SEBAB PELAKSANAAN

  • PORPE merupakan singkatan bagi lima turutan teknik untuk membaca dan menulis esei, iaitu Predict (menelah), Organize (menyusun), Rehearse (raptai), Practice (latihan), dan Evaluate (menilai).
  • Disediakan untuk membantu pelajar yang kurang cekap menulis esei.
  • Teknik yang diperkenalkan oleh Michele L. Simpson ini menggunakan proses menulis sebagai salah satu cara untuk mempelajari kandungan sesuatu bahan.
  • Tiga langkah pertama dalam PORPE, iaitu predict, organize dan rehearse melibatkan pelajar dengan proses memilih, memperoleh,membina dan mengintegrasikan idea untuk menulis manakala dua langkah terakhir, iaitu practice dan evaluate melibatkan proses metakognisi pelajar untuk menyelia proses pembelajaran.
  • PORPE direka untuk membantu pelajar dalam membina esei. Namun begitu, kajian menunjukkan PORPE turut membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam ujian objektif.

49

KELEBIHAN TEKNIK

Seseorang pelajar yang mengamalkan teknik pembacaan PORPE akan peka terhadap penelitian yang dibuat. Antara kelebihan teknik ini ialah :

  • Hasil penelitian ini diharapkan dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk membaca. Selain itu, melalui penelitian ini pelajar akan memiliki pemahaman bacaan yang lebih baik terutamanya dalam menyelesaikan segala permasalahan yang memerlukan pelajar mengarang sesuatu artikel. Peningkatan tersebut akan memperbaiki hasil pembelajaran pelajar di dalam kelas.
  • Penelitian ini merupakan usaha untuk meningkatkan dan memperbaiki suasana pembelajaran yang ada. Pelajar dapat mengambil manfaat penelitian untuk meningkatkan mutu pembelajaran yang mereka belajar sebelum ini. Selain itu, perubahan sikap mulai terbentuk misalnya pelajar semakin bersemangat untuk belajar khususnya semasa perbincangan di dalam kelas ataupun di luar kuliah.
  • Hasil daripada teknik ini kemampuan pelajar untuk meningkatkan mutu pembelajaran dapat ditingkatkan. Melalui penelitian seperti ini masalah pembelajaran dapat dikaji, diteliti dan dapat menemui jalan penyelesaian. Dengan demikian, kualiti pembelajaran di dalam kelas akan menjadi lebih baik. Pelajar juga akan mempunyai sikap ingin tahu yang kuat terhadap isi bahan bacaan. Selain itu, dengan adanya penelitian ini, budaya penelitian mengikut teknik PORPE dapat dikembangkan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan.

reading

KEKURANGAN TEKNIK

Beberapa kekurangan telah dikenal pasti dalam pelaksanaan teknik pembacaan ini. Antaranya :

  • Pelajar masih tercari-cari cara untuk menyampaikan idea secara terbuka. Keadaan seperti ini dilihat dalam lembaran kerja pelajar yang dihasilkan semasa proses PORPE dilakukan.
  • Beberapa pelajar kurang berdisiplin dalam merancang masa sehingga mereka sering kali melakukan pembaziran masa terutamanya semasa proses pembacaan dilakukan.
  • Pelajar kurang memberikan perhatian semasa melakukan teknik PORPE ini.

Oleh itu, penambahbaikan perlu dilakukan dengan mengambil kira dua perkara utama iaitu memberikan perhatian secara intensif kepada pelajar di dalam kelas, terutama sekali apabila merancang idea semasa proses pembacaan. Kedua, mengingatkan kembali pelajar untuk lebih berdisiplin terhadap masa, supaya kerja yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.

tumblr_mwdo0xqYVi1sca4vvo1_400

CADANGAN PENGAJARAN

Proses pengajaran PORPE adalah khas untuk pembelajaran menulis esei. Untuk mengajar teknik PORPE, guru perlu melakukan aktiviti mengikut turutan, iaitu bermula dengan predict (menelah), organize (menyusun), rehearse (raptai), practice (latihan) dan akhir sekali evaluate (menilai).

  1. Dalam langkah predict atau menelah, pelajar diminta untuk mencipta beberapa soalan yang berkaitan sesuatu bab untuk menghasilkan esei yang baik. Guru terlebih dahulu menerangkan dan memperkenalkan istilah-istilah yang biasa digunakan untuk membentuk soalan esei seperti huraikan, bandingkan dan jelaskan. Dengan ini, pelajar dapat menjangka bentuk esei yang akan dihasilkan berdasarkan soalan yang mereka cipta. Setelah pelajar dapat memahami penggunaan istilah-istilah ini, guru boleh memulakan proses sumbangsaran untuk memperoleh sebanyak mungkin idea daripada pelajar. Untuk memudahkan proses pembelajaran, pandu pelajar supaya lebih fokus pada idea utama dan sinopsis keseluruhan esei ketika menelah, bukan fokus pada perincian-perincian yang ada pada isi esei.
  2. Langkah kedua, iaitu organize atau menyusun melibatkan proses pengumpulan dan penyusunan maklumat yang akan menjawab soalan yang dicipta oleh mereka tadi. Pelajar boleh menggunakan peta minda dan sebagainya untuk menyusun idea-idea mereka. Guru boleh memilih sama ada untuk menjalankan aktiviti ini secara individu ataupun secara berkumpulan. Setiap pelajar (wakil kumpulan sekiranya dijalankan secara berkumpulan) akan berkongsi maklumat yang diperoleh dan membincangkannya bersama ahli kelas yang lain dengan kaedah pembentangan. Guru dan ahli kelas yang lain boleh memberi maklum balas dan pelajar perlu respon dengan maklum balas tersebut untuk menambah baik kandungan esei masing-masing.
  3. Langkah ketiga, iaitu rehearse (raptai) melibatkan pelajar dengan aktivit penilaian kendiri terhadap idea-idea dan maklumat-maklumat yang dikemukakan. Pelajar boleh melakukan raptai dengan rakan-rakan atau dengan guru sendiri. Raptai dilakukan dengan menyebut isi-isi yang ingin disampaikan dan menilai kembali kekuatan dan kelemahan isi yang diberikan.
  4. Langkah seterusnya adalah practice atau latihan. Latihan merupakan proses mengesahkan idea-idea yang ingin digunakan. Latihan merupakan persediaan untuk ujian menulis yang sebenar. Untuk membantu pelajar semasa latihan, guru boleh memberikan panduan penulisan kepada murid dan tips-tips penting untuk menjawab latihan tersebut. Sebagai contoh, guru memberitahu murid supaya membaca soalan dengan teliti dan gariskan kata kunci dalam soalan. Seterusnya, pelajar diminta untuk melukis peta minda idea-idea mereka sebelum memulakan penulisan. Pelajar juga diingatkan supaya memastikan bahawa ayat pertama mereka merupakan hasil parafrasa soalan esei tersebut. Akhir sekali, pelajar perlu membaca semula esei yang dihasilkan untuk memastikan mereka tidak terpesong dari soalan.
  5. Langkah terakhir adalah evaluate ataupun menilai. Langkah ini memerlukan pelajar menilai sendiri hasil latihan mereka. Untuk membantu pelajar menilai, guru boleh menyediakan skema jawapan atau rubrik pemarkahan. Setelah mahir, pelajar boleh menilai hasil latihan mereka sendiri ataupun hasil latihan rakan-rakan tanpa skema jawapan dan rubrik pemarkahan.

Leave a comment